
Kisah lima perkara aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Kedua : Engkau sembunyikan
Ketiga : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima : Larilah Engkau daripadanya.”
   
 
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka  salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu  malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi “ esok engkau dikehendaki  keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki   berbuat :
Pertama  :  apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.Kedua : Engkau sembunyikan
Ketiga : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima : Larilah Engkau daripadanya.”
Pada  keesokan harinya Nabi itupun kaluarlah dari rumahnya menuju ke barat  dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar  berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “ aku diperintahkan  memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang  tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit  itu dengan hasrat untuk memakannya.  Ketika dia menghampirinya,  tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.  Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila  ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur  ‘Alhamdulillah’.
Kemudian  nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah  mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan.   Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas  itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar  semula. Nabi itu pun menanamkannya semula  sehingga tiga kali  berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “ Aku telah melaksanakan  perintahMu”. Lalu dia pun meneruskan  perjalanannya tanpa disedari oleh  Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika  dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang  sedang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu  berkata , “ Wahai Nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu,  hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan  ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang  menghampiri Nabi lalu berkata. “ Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan  aku menegjar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau  patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan  dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia  menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia  membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging  pahanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu,  helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas  kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia  bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun  bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan  hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah  Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia  berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana  yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti  semuanya ini."
“Ya  Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu  dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:
Yang  pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti  bukit tetapi  akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu  menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua, semua amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan Nampak jua.
Ketiga, jika sudah menerima amanah  seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah  untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri  berhajat. 
Kelima,  bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka  larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku,  kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana  kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian  kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan  setiap hari ialah mengata  hal orang, memang menjadi tabiat  seseorang itu suka mengata hal  orang  lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan  menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa : 
Diakhirat  nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak  pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya  pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”Maka berkata Allah S.W.T, “ ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” 
"  Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu  memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri .  Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan  orang walaupun ia  benar".
Wallahu a’lam..
Credit:Sumber
http://www.facebook.com/chocosedapshopee
 
 
0 Response to "Kisah lima perkara aneh"
Posting Komentar